JKKP siasat jika wujud aktiviti pekerjaan punca tanah runtuh

Siasatan akan dimulakan sebaik sahaja pihak JKKP mendapat kebenaran daripada pihak keselamatan untuk memasuki lokasi kejadian di Father's Organic Farm, Batang Kali. - Foto Bernama
Siasatan akan dimulakan sebaik sahaja pihak JKKP mendapat kebenaran daripada pihak keselamatan untuk memasuki lokasi kejadian di Father's Organic Farm, Batang Kali. - Foto Bernama
A
A
A
PUTRAJAYA - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan melakukan siasatan lanjut jika terdapat petunjuk wujud aktiviti pekerjaan yang menyebabkan kemalangan dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, siasatan akan dimulakan sebaik sahaja pihak JKKP mendapat kebenaran daripada pihak keselamatan untuk memasuki lokasi kejadian.

Beliau berkata, penyiasat JKKP belum dibenar mengakses lokasi kejadian kerana pasukan keselamatan masih memberi tumpuan kepada usaha mencari dan menyelamat.

Bagaimanapun, mengikut maklumat awal, insiden itu adalah di luar bidang kuasa JKKP berdasarkan peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) kerana kes tersebut lebih menjurus kepada bencana alam.



"Kementerian Sumber Manusia sentiasa memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan berpunca daripada aktiviti pekerjaan termasuk kes kejadian berbahaya yang berlaku di sektor pelancongan," menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Insiden tanah runtuh melibatkan Father’s Organic Farm pada 2.42 pagi itu memerangkap seramai 94 individu termasuk pekerja tapak perkhemahan berkenaan.
Artikel Berkaitan:


Tragedi yang berlaku awal pagi tadi telah meragut 19 nyawa setakat 4.40 petang manakala 14 masih hilang dan 61 lagi berjaya diselamatkan. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!