Tempat perkelahan, perkhemahan di Selangor diarah tutup 7 hari
SHAH ALAM - Semua tempat perkelahan dan perkhemahan di Selangor diarah tutup selama tujuh hari mulai Sabtu.
Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor malam Jumaat, arahan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haris Kasim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri.
Terdahulu, media melaporkan seramai 21 orang disahkan meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Batang Kali setakat 7.10 malam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyarankan agar semua tapak perkhemahan berhampiran cerun bukit atau tepi sungai dikosongkan sementara susulan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!