10 maut pangsapuri terbakar di Perancis

Anggota bomba sedang berusaha menyelamatkan mangsa di bangunan pangsapuri yang terbakar di pinggir bandar Lyon, Perancis. - AFP
Anggota bomba sedang berusaha menyelamatkan mangsa di bangunan pangsapuri yang terbakar di pinggir bandar Lyon, Perancis. - AFP
A
A
A

LYON - Seramai 10 orang maut termasuk lima kanak-kanak dalam kebakaran sebelum subuh pada Jumaat di sebuah bangunan pangsapuri tujuh tingkat di pinggir bandar Lyon, Perancis.

Pendakwa raya sedang menyiasat punca kebakaran berlaku pada jam 3 pagi (waktu tempatan) di bangunan kediaman di Vaulx-en -Velin yang terkenal sebagai pusat pengedaran dadah.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmain berkata, masih terlalu awal membuat kesimpulan mengenai punca kejadian, namun beliau memuji tugas anggota bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira 12 minit selepas dimaklumkan.

Katanya, mereka berjaya menyelamatkan 15 orang dengan mengambil risiko besar demi nyawa mereka sendiri menyelamatkan kanak-kanak dan bayi yang tinggal sehingga tingkat tujuh.

"Tanpa tindakan pantas anggota bomba, kita mungkin akan mengalami masalah lebih teruk," katanya.

Setakat ini, seramai 19 orang cedera termasuk empat berada dalam keadaan kritikal manakala satu mayat belum dikenal pasti. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!