Bapa mangsa tanah runtuh buntu mencari anaknya

Choong ketika ditemui oleh Sinar Harian pada Jumaat.
Choong ketika ditemui oleh Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang warga emas akui buntu dan masih lagi mencari anaknya yang juga mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting-Goh Tong, Batang Kali di beberapa hospital.

Bapa mangsa yang ingin dikenali sebagai Choo, 60 itu berkata, dua orang anaknya telah pergi ke kawasan tapak perkhemahan tersebut, dan didapati anak perempuannya berada di Hospital Selayang manakala anak lelakinya itu masih belum dijumpai lagi.

Ujarnya, setakat ini dia telah pergi ke beberapa hospital termasuk Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh untuk mencari anaknya.

Tambahnya, dia turut mendapat maklumat bahawa anaknya yang berusia 32 tahun itu telah dibawa menaiki ambulans daripada tapak perkhemahan tersebut dan dipercayai akan tiba di hospital berkaitan, namun masih tidak lagi diketahui keberadaan anaknya.

"Saya masih mencari. Belum tahu dia dimana lagi. Saya harap dia selamat," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Kata Choong, dia dimaklumkan berita mengenai kejadian tanah runtuh yang menimpa kedua anaknya itu pada jam 8 pagi tadi.

Ulasnya, dia pada awalnya mengakui berasa kesal dan sedih apabila diberitahu mengenai tragedi yang menimpa anaknya itu.

"Rasa sakit hati lah, itu (berlaku pada) anak sendiri tetapi kita tunggu (keputusan hospital) sampai sekarang masih belum (dapat). Lambat lagi," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan pihak bomba menganggarkan sekitar 100 mangsa dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father's Organic Farm, Batang Kali, di sini awal pagi Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, seramai 21 mangsa insiden tanah runtuh di Batang Kali disahkan meninggal dunia setakat jam 7.10 malam.

Beliau berkata, setakat ini seramai 12 mangsa belum ditemui.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!