Wanita harap keluarga abang selamat

Yi Wei berharap keluarga itu selamat dalam insiden kejadian tanah runtuh itu.Gambar kecil: Abang keempat bersama isteri dan dua anaknya yang menyertai perkhemahan di Batang Kali masih tidak dapat dihubungi.
Yi Wei berharap keluarga itu selamat dalam insiden kejadian tanah runtuh itu.Gambar kecil: Abang keempat bersama isteri dan dua anaknya yang menyertai perkhemahan di Batang Kali masih tidak dapat dihubungi.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang wanita dari Machap Baru di sini, resah memikirkan nasib abang dan kakak iparnya yang tidak dapat dihubungi sejak insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Batang Kali, Hulu Selangor pada Jumaat.

Tai Yi Wei, 27, berkongsi perasaan yang menghantui mereka sekeluarga dengan memuat naik status di akaun Facebook miliknya pada Jumaat.

Menurutnya, abang keempat daripada tujuh beradik itu bekerja sebagai pengurusan mayat manakala isterinya bekerja sebagai guru pergi bercuti bersama dua orang anak mereka berusia empat serta tujuh tahun.

Katanya, percutian di perkemahan tersebut turut disertai keluarga rakan baik abang dari Melaka yang keseluruhan berjumlah lapan orang.

"Sebelum insiden itu berlaku abang ada memuat naik status di Facebook miliknya memaklumkan dua buah keluarga itu dari Machap Baru berkhemah di Batang Kali.

"Sehingga kini saya resah dan mengharapkan satu panggilan sahaja daripada mereka bahawa mereka selamat daripada kejadian tanah runtuh itu," tulisnya beserta pautan berita mengenai insiden tersebut.

Jelasnya, kawan abang yang turut bersama dalam perkhemahan itu ada menghubungi keluarganya dan memberitahu mereka telah selamat sampai di tapak perkhemahan itu di Batang Kali beberapa hari lalu.

"Selepas insiden itu saya rasa tidak sedap hati dan cuba menghubungi mereka berulang kali.

Artikel Berkaitan:

"Namun panggilan masih tidak dijawab, biarpun ada deringan dan mereka dijangka pulang semalam," katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, pada Sabtu.

Tambahnya, adik beradiknya yang lain telah ke hospital untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai mangsa terselamat, namun nama keluarganya. tidak tersenarai.

Ujarnya, abang kelima mereka diberitahu terdapat sekumpulan lebih kurang 20 mangsa dari Melaka yang diselamatkan, namun malangnya nama keluarga abangnya tiada dalam senarai itu.

"Kami mengharapkan keajaiban dan orang ramai tolong sama mendoakan keselamatan kedua-dua keluarga ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!