[VIDEO] Tragedi Batang Kali: Operasi cari mangsa diteruskan

Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di sambung semula pada jam 7 pagi Sabtu.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di sambung semula pada jam 7 pagi Sabtu.
A
A
A

HULU SELANGOR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, di sini di sambung semula pada jam 7 pagi, Sabtu.

Pasukan penyelamat yang terdiri dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart); Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) mula memasuki kawasan pencarian.

Setakat jam 11 malam Jumaat, 12 lagi individu dipercayai masih lagi hilang dan seramai 21 mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, setakat ini operasi SAR masih berjalan dan masih belum ada penemuan mangsa.

"Operasi SAR masih berjalan, tiada penemuan (mangsa) lagi," katanya ringkas ketika dihubungi pada Sabtu.

Pada Jumaat, media melaporkan seramai 94 mangsa terbabit dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.24 pagi.

Keadaan di lokasi kejadian tanah runtuh di Batang Kali, di sini, pada Sabtu.
Keadaan di lokasi kejadian tanah runtuh di Batang Kali, di sini, pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.24 pagi dan sepasukan 20 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baru, Rawang dan Genting Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!