Sarawak negeri terbaharu dilanda banjir

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Sarawak menjadi negeri terbaharu dilanda banjir namun jumlah mangsa di seluruh negara mencatatkan penurunan apabila merekodkan sejumlah 2,097 orang setakat jam 8 pagi Sabtu berbanding 2,295 orang jam 4 petang semalam.

Sehingga kini, enam negeri yang terjejas iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak melibatkan 641 keluarga.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), 15 pusat pemindahan sementara (PPS) aktif dibuka di tujuh daerah.

Kelantan masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu seramai 1,814 orang melibatkan 565 keluarga yang kini ditempatkan di tujuh PPS.

Manakala Pahang menjadi negeri kedua tertinggi iaitu mencatatkan seramai 141 mangsa yang kini ditempatkan di satu PPS dan melibatkan 36 keluarga.

Seramai 91 mangsa di Johor pula kini ditempatkan di empat PPS yang melibatkan 24 keluarga, seterusnya di Sarawak, 16 mangsa daripada empat keluarga kini berada di empat PPS yang disediakan.

Sementara di Terengganu, hanya sebuah PPS dibuka yang menempatkan 20 mangsa daripada lima keluarga, manakala di Perak juga satu PPS dibuka dan menempatkan 15 mangsa daripada tujuh keluarga.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!