Tanah runtuh: Raja Muda Selangor tinjau operasi SAR
HULU SELANGOR - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hadir ke lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali di sini.
Tengku Amir tiba jam 10.20 pagi diiringi Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Raja Datuk Muzaffar Raja Redzwa.
Baginda berada di lokasi hampir 30 minit dan diberi taklimat berhubung kejadian oleh Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis dan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.
Setakat jam 11 malam Jumaat, seramai 21 mangsa meninggal dunia dan 12 lagi individu dipercayai masih lagi hilang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!