Tanah runtuh: Pengamal media berkumpul di Hospital Sungai Buloh
SUNGAI BULOH - Pengamal media mula berkumpul di Hospital Sungai Buloh bagi mengikuti perkembangan terkini proses bedah siasat 21 mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya.
Difahamkan ada dalam kalangan pengamal media telah mula hadir pada jam 7.00 pagi.
Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut tiba pada jam 10.02 pagi bagi menziarahi seorang ahli DAP yang difahamkan kehilangan isteri dalam kejadian terbabit.
Dilaporkan seramai 21 mangsa insiden tanah runtuh di Batang Kali disahkan meninggal dunia setakat jam 7.10 malam pada Jumaat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini seramai 12 mangsa belum ditemui.
Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta semua agensi penguat kuasa telah dimobilisasi sepenuhnya bagi usaha mencari dan menyelamat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!