JPNS tutup taman ekorimba, lokasi pendakian sejak 1 Disember

(Gambar kiri: Saleh) (Gambar kanan:Notis penutupan sementara yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.)
(Gambar kiri: Saleh) (Gambar kanan:Notis penutupan sementara yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.)
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) telah mengambil langkah awal menutup sementara semua kawasan taman ekorimba dan laluan pendakian di hutan simpan kekal di negeri ini sejak 1 Disember lalu.

Pengarahnya, Saleh Awaludin berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku berikutan keadaan cuaca tidak menentu setiap kali hujung tahun.

"Penutupan sementara ini sebagai langkah berjaga-jaga dan risiko kejadian kepala air kerana bencana boleh berlaku tanpa dijangka yang mana ia boleh merisikokan keselamatan orang awam.

"Kita telah buat makluman awal berkenaan penutupan ini. Jadi tiada isu orang ramai terpaksa membatalkan tempahan yang mereka buat untuk masuk ke kawasan kita," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Menurutnya, aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan turut ditingkatkan bagi mengelakkan pengunjung berada di lokasi berkenaan.

Jelasnya, jika ada yang didapati berada dalam kawasan tersebut mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

"Walaupun hutan simpan kekal ini adalah kawasan terbuka, tapi apabila kita sudah keluarkan arahan penutupan semua perlu akur," katanya.

Sebelum itu, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan menerusi Facebook rasminya mengeluarkan notis memaklumkan penutupan semua aktiviti di Taman Eko Rimba, Taman Negeri Kenaboi dan PD Forest.

Artikel Berkaitan:

Ia termasuk lokasi trek pendakian dan aktiviti rekreasi di dalam kawasan hutan simpan kekal di Negeri Sembilan.

Penutupan dibuat dari 1 Disember sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!