Amaran hujan berterusan di lapan negeri

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan lapan negeri bermula Sabtu hingga 20 Disember.

MetMalaysia menerusi Facebooknya memaklumkan, kesemua negeri itu adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

"Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun yang sedang berlaku di rantau negara dijangka sehingga 22 Disembe yang berpotensi membawa angin kencang, ombak besar serta hujan berterusan di negeri-negeri utara, timur Semenanjung dan timur Sabah.

"Sehubungan itu, MET Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan lapan negeri berkuat kuasa sehingga 20 Disember," katanya.

Menurut kenyataan itu, amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan juga telah dikemaskini berkuatkuasa sehingga 22 Disember ini.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!