Runtuhan cerun bukan di Jalan Bukit Miku - Nanta

Tangkap layar video tular berkaitan runtuhan cerun di jalan Bukit Miku, Negeri Sembilan.
Tangkap layar video tular berkaitan runtuhan cerun di jalan Bukit Miku, Negeri Sembilan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakaman video tular mendakwa berlaku runtuhan cerun di jalan Bukit Miku, Negeri Sembilan, adalah tidak benar, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata sebaliknya, kejadian runtuhan jalan itu berlaku di laluan FT 009 Seksyen 7.3 Jalan Tampin-Kuala Pilah-Manchis dan ia dirakam pengguna jalan raya pada awal kejadian runtuhan.

Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil tindakan pantas pada 1 Disember lalu dengan menutup laluan jalan yang terjejas bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan dan untuk keselamatan pengguna.

"Laluan alternatif telah disediakan iaitu Jalan Ulu Keru-Air Mawang kepada pengguna jalan raya yang mahu ke Tampin atau Kuala Pilah," kata Nanta dalam kenyataan di laman Facebooknya, pada Sabtu.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pengguna yang prihatin dan berkongsi kejadian itu demi kebaikan serta keselamatan bersama, Nanta berkata kerja-kerja pembaikan jalan terbabit akan dimulakan pada Januari depan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!