'Assange cuba tubuhkan pusat pengintipan'
LONDON - BRITAIN. Presiden Ecuador, Lenin Moreno, kelmarin mempertahankan keputusan untuk membatalkan status suaka pengasas laman pembocor maklumat, Julian Assange.
Menurutnya, Assange didakwa cuba untuk menubuhkan 'pusat pengintipan' di Kedutaan London di Ecuador.
"Kami tidak boleh benarkan perkara ini. Keputusan kami bukan dibuat sewenang-wenangnya, namun adalah berdasarkan undang-undang antarabangsa," katanya ketika wawancara bersama The Guardian.
Ketika ini, Assange berada dalam tahanan di London kerana melanggar syarat jaminan British pada 2012 dengan mencari perlindungan di Kedutaan Ecuador untuk mengelakkan diekstradisi ke Sweden.
Awal semalam, peguam pengasas WikiLeaks itu memaklumkan anak guamnya mungkin akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Sweden jika mereka membuka semuka kes rogol melibatkan dirinya, namun akan terus menentang terhadap sebarang cubaan untuk menghantar dia pulang ke Amerika Syarikat.
Assange yang juga warga Australia ditahan di kedutaan terbabit pada Khamis lalu selepas Ecuador menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
Sebelum ini, dia sering menafikan tuduhan serangan seksual dan rogol di Sweden yang didakwa ke atasnya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!