Terkejut banyak ikan sungai mati

x-default
x-default
A
A
A

HULU BERNAM - Beberapa pemancing terkejut dan kecewa apabila melihat ratusan ikan mati dan terapung di lokasi memancing di Sungai Kampung Keliang, di sini pagi kelmarin.

Ikan lampan dan baung antara spesis ikan yang paling banyak ditemui mati dengan bau busuk di sepanjang sungai.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Keliang, Roslin Md Zin berkata, kejadian tersebut merupakan kali kedua berlaku pada tahun ini membabitkan ratusan ikan pelbagai jenis dan saiz.

Menurutnya, pencemaran sungai dipercayai berpunca daripada pelepasan cecair sisa tinja reban ayam di hulu sungai.

"Sungai Bernam menjadi tumpuan kaki pancing. Bila banyak ikan mati, kita tahu puncanya dari reban ayam yang mana air basuhan mencuci reban akan mengalir keluar ke sungai.

"Bukan sahaja ikan yang mati tapi ia turut memusnahkan tempat pembiakan ikan selain pencemaran sungai mengambil masa lama untuk pulih,"katanya.

Roslin berkata, kejadian sering berulang itu mengganggu ekosistem sungai dan mengurangkan populasi ikan yang menjadi sumber pencarian golongan nelayan.

Menurutnya, meskipun tidak membuat aduan rasmi kepada pihak berwajib namun tindakan segera perlu diambil bagi mengatasi isu pencemaran tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak rasa ikan mati ini disebabkan perbuatan menuba kerana kejadian sebegini pernah berlaku akibat pencemaran sisi tinja reban ayam," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!