Saravanan teruja berkhatan

Saravanan dikunjungi rakan-rakannya selepas selesai berkhatan di BBP Yan pada Sabtu.
Saravanan dikunjungi rakan-rakannya selepas selesai berkhatan di BBP Yan pada Sabtu.
A
A
A

YAN - Seorang pegawai bomba bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, di sini, teruja untuk berkhatan dalam Majlis Berkhatan dan Kesyukuran BBP Yan bersama Komuniti Yan pada Sabtu.

K Saravanan, 25, mengakui sedikit rasa sakit memberitahu berasa seronok kerana berpeluang dikhatankan bersama 38 kanak-kanak Melayu berusia 7 hingga 12 tahun.

Saravanan berkata, dia menawarkan diri untuk berkhatan selepas dimaklumkan mengenai program anjuran BBP Yan dengan kerjasama Hospital Yan dilakukan secara percuma di balai bomba itu.

"Saya memang hendak berkhatan untuk kebersihan diri daripada kuman sebab itu saya menawarkan diri berkhatan walaupun saya seorang saja berketurunan India.

"Pada permulaan, saya berdebar juga namun perasan takut hilang selepas selamat dikhatankan," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Saravanan berkata, dia yang baharu tujuh bulan bertugas di balai bomba terbabit juga terharu dengan rakan seperjuangan yang menyokong hasratnya itu.

Saravanan yang menetap di Tongkang Yard, Alor Setar akan tinggal di penginapan BBP Yan sehingga luka itu sembuh.

"Adik lelaki saya, Dorai Rash, 23, juga dikhatankan sejak lahir malah ibu bapa banyak memberi sokongan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua BBP Yan, Noorhamidi Ali memaklumkan, program terbabit mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak termasuklah Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

"Antara lain, Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit; Petronas Gas, bomba komuniti, Bank Rakyat dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!