Tanah runtuh: Jenazah Nurul Azwani dikebumikan malam ini

Van jenazah yang membawa Nurul Azwani meninggalkan Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, di sini, pada petang Sabtu.
Van jenazah yang membawa Nurul Azwani meninggalkan Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, di sini, pada petang Sabtu.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Jenazah Allahyarhamah Nurul Azwani Kamarulzaman, mangsa korban insiden tanah runtuh di Jalan Genting Highland-Batang Kali selesai menjalani sesi pengecaman dan bedah siasat di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, di sini, pada petang Sabtu.

Van jenazah yang membawanya dilihat meninggalkan hospital itu pada jam 7.45 petang.

Turut kelihatan hadir ialah beberapa ahli keluarga terdekat termasuk ibu mangsa, Siti Esah Hassan, 53.

Salah seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui memaklumkan jenazah akan dibawa terus ke Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh, Gombak, Selangor untuk dikebumikan pada malam ini.

Esah ketika ditemui pemberita berkata, kali terakhir dia bertemu Nurul Azwani adalah pada Rabu lalu.

Beberapa ahli keluarga terdekat Nurul Azwani hadir di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, di sini, pada petang Sabtu.
Beberapa ahli keluarga terdekat Nurul Azwani hadir di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, di sini, pada petang Sabtu.

Nurul Azwani, 31, merupakan salah seorang daripada 24 mangsa dikenal pasti maut dalam insiden tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi Jumaat.

Difahamkan Allahyarham yang bekerja di kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong mengikut rombongan perkhemahan dilakukan oleh kakitangan sekolah itu sejak Rabu lalu.

Artikel Berkaitan:

Setakat jam 8 malam Sabtu, seramai 24 mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian runtuhan tanah di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, manakala 10 orang lagi masih dilaporkan hilang.

Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi Jumaat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!