Tanah runtuh: 14 jasad mangsa dibawa keluar dari hospital

Antara kenderaan yang membawa jenazah mangsa meninggal dunia meninggalkan Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, pada Sabtu.
Antara kenderaan yang membawa jenazah mangsa meninggal dunia meninggalkan Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, pada Sabtu.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Sebanyak 14 daripada 24 mangsa meninggal dunia dalam insiden tanah runtuh di Jalan Genting Highland-Batang Kali selesai menjalani proses bedah siasat dan dibawa keluar dari Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, di sini, setakat kira-kira jam 8.30 malam Sabtu.

Van jenazah membawa mangsa terlibat itu dilihat mula meninggalkan pusat perubatan itu secara berperingkat untuk urusan pengebumian bermula jam 4.20 petang tadi.

Difahamkan, terdapat 10 lagi jasad mangsa korban dalam kejadian itu masih berada di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh dengan terakhir tiba di situ, pada jam 6.49 petang tadi ialah mangsa ke-24.

Pergerakan keluar mayat mereka yang maut dalam insiden itu difahamkan akan bersambung semula pada Ahad.

Kenderaan polis yang membawa mangsa ke-24 tiba di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh pada Sabtu.
Kenderaan polis yang membawa mangsa ke-24 tiba di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh pada Sabtu.

Proses pengecaman mangsa juga difahamkan terus berjalan dengan beberapa ahli keluarga mangsa didapati masih hadir di Jabatan Forensik tersebut.

Setakat pukul 5.30 petang Sabtu, sejumlah 24 mangsa meninggal dunia berjaya dikeluarkan daripada tempat kejadian, terdiri daripada lima kanak-kanak (lelaki), dua kanak-kanak (perempuan), 13 dewasa (wanita) dan empat dewasa (lelaki).

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan bagi mengesan sembilan lagi mangsa yang belum ditemukan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!