JAIS akan siasat secara adil Forum 'Wanita Muslim dan Tudung'

Mujahid
Mujahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Program pelancaran buku dan forum mengenai 'Wanita Muslim dan Tudung' yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, akan disiasat secara adil dan sebaiknya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu diambil maklum dan dipandang serius.

"Pihak Menteri telah pun berhubung dengan JAIS memandangkan perkara ini berada dalam bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri kerana program ini diadakan di Selangor.

“Difahamkan pihak JAIS telah mengambil maklum mengenai perkara ini dan dalam tindakan mereka. Menteri yakin dan percaya pihak JAIS akan menjalankan siasatan terhadap perkara ini dengan adil dan sebaiknya,” kata kenyataan itu.

Carian di Twitter mendapati program itu berkisar perkongsian pengalaman wanita bertudung sebelum menemui dunia baharu tanpa tudung yang dilihat mendapat maklum balas negatif daripada netizen. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!