Restoran Hakim, SBRJ sedia skrin layar besar

Gambar kiri: Hakimsa dan Sheikh Abdullah
Gambar kiri: Hakimsa dan Sheikh Abdullah
A
A
A

SHAH ALAM - Pemilik Restoran Hakim di Seksyen 7, Shah Alam, Datuk Hakimsa Abdul Karim berkata, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pihak lain seperti Mahsuri Dagang Sdn Bhd (Mahsuri Dagang) dan Celcom untuk menyemarakkan lagi malam perlawanan akhir Piala Dunia 2022 dengan penajaan dan penyediaan skrin layar besar.

“Setiap kali berlangsung Piala Dunia, akan ada penajaan daripada mana-mana pihak kepada Restoran Hakim. Tahun ini, Mahsuri Dagang dan Celcom sudi memberi sumbangan.

“Mahsuri Dagang akan menyediakan tayangan layar gergasi Gegar Final Piala Dunia dan promoternya akan mengedarkan produk-produk kicap dan sos selain snek terbaharu mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Penyelia Restoran SBRJ, Sheikh Abdullah Abdul Malikki berkata, sempena perlawanan akhir Piala Dunia 2022, pihaknya akan menambah satu lagi skrin layar besar di luar kedai.

“Sebelum ini, kami cuma sediakan satu skrin, tapi untuk perlawanan akhir ini, bagi keselesaan pelanggan dan mahu merasai kemeriahan Piala Dunia, satu lagi skrin akan ditambah.

“Orang ramai boleh datang ke sini kerana sekurang-kurangnya seramai 160 hingga 200 orang boleh menonton perlawanan akhir Piala Dunia sambil menikmati makanan pada malam ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!