Southgate mahu kekal latih England

Southgate mahu melatih England hingga kejohanan Eropah 2024. - Foto EPA
Southgate mahu melatih England hingga kejohanan Eropah 2024. - Foto EPA
A
A
A

BIARPUN gagal membawa England pergi jauh dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022, pengendalinya, Gareth Southgate mahu terus memegang jawatan itu sehingga tamat Kejuaraan Eropah 2024.

Media Inggeris melaporkan, Southgate, 52, akan memaklumkan kepada Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) mengenai hasratnya itu sebelum Krismas.

Bagaimanapun FA belum memberikan maklum balas berhubung perkara tersebut.

England tersingkir dalam saingan suku akhir di Qatar selepas kalah 1-2 kepada Perancis.

"Setiap kali selepas tamat kejohanan, anda memerlukan masa untuk membuat keputusan tepat.

"Anda akan merasai emosi berbeza ketika ini," kata Southgate.

Southgate membimbing England ke separuh akhir Piala Dunia 2018 di Rusia dan final Euro 2020 tahun lalu.

Pada November tahun lalu Southgate menandatangani kontrak baharu sehingga penghujung 2024.

Artikel Berkaitan: