Leo Varadkar dilantik PM baharu Ireland
Leo Varadkar -Foto Reuters
A
A
A
Seramai 87 ahli Dewan Rakyat mengundi menyokong pencalonannya sebagai perdana menteri manakala 62 ahli menentang, lapor Xinhua.
Selepas pelantikannya sebagai perdana menteri baharu oleh Presiden Ireland Michael D. Higgins, Varadkar mengumumkan rombakan Kabinet.
Menurut senarai anggota kabinet, bekas Perdana Menteri Ireland yang juga ketua Fianna Fail Micheal Martin dilantik sebagai timbalan perdana menteri serta menteri bagi hal ehwal luar dan pertahanan yang baharu manakala bekas Menteri Luar dan Pertahanan Simon Coveney dilantik sebagai menteri bagi perusahaan, perdagangan dan pekerjaan.
Bekas Menteri Kewangan Paschal Donohoe dilantik sebagai menteri bagi perbelanjaan awam dan pembaharuan manakala bekas Menteri bagi Perbelanjaan Awam dan Pembaharuan Michael McGrath memegang jawatan sebagai menteri kewangan baharu.
Selepas pencalonan diluluskan di Dewan Rakyat, Kabinet baharu mengadakan mesyuarat pertamanya pada malam Sabtu.
Ini adalah kali kedua Varadkar dilantik sebagai perdana menteri Ireland selepas menjawat jawatan itu pada Jun 2017. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!