Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Tanah runtuh: KPM tawar sokongan psikososial buat waris mangsa 

18 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 18 DISEMBER 2022

Kementerian Pendidikan menawarkan sokongan psikososial kepada waris mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya pada awal pagi Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian menyediakan tiga kaunselor bertugas untuk setiap tiga syif.

Menurutnya, ia juga mendapat sokongan daripada pasukan Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kesihatan mental dan psikososial.

Artikel: https://bit.ly/3V99rN0

#BeritaSemasa #SinarHarian