Tragedi Batang Kali: Polis rekod keterangan pengusaha, pekerja

Suffian (kanan) ketika sidang akhbar di lokasi kejadian pada Ahad.
Suffian (kanan) ketika sidang akhbar di lokasi kejadian pada Ahad.
A
A
A

BATANG KALI - Polis telah merekodkan keterangan tiga individu termasuk pengusaha tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, keterangan tiga individu itu direkod pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

"Tiga individu itu terdiri daripada seorang pengusaha iaitu lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an manakala dua lagi adalah pekerja berusia 20-an.

"Polis juga tidak tolak kemungkinan akan memanggil individu lain untuk membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Ahad.

Dalam pada itu, polis meminta waris, ahli keluarga atau rakan kepada mangsa yang terlibat dalam tragedi itu untuk hadir ke Hospital Sungai Buloh bagi tujuan pengecaman mayat.

Beliau berkata, setakat ini (Ahad) sembilan mayat masih berada di hospital sementara proses bedah siasat dan tuntutan waris.

"Penekanan kita adalah memohon waris, keluarga atau rakan agar ke Hospital Sungai Buloh untuk pengecaman mayat bagi memudahkan urusan tuntutan itu.

Artikel Berkaitan:

"Di sana (hospital) juga menempatkan pasukan khas bagi urusan dokumentasi dan lain-lain,"jelasnya.

Tambahnya, pada Sabtu, 15 mayat telah diserahkan kepada waris dan keluarga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!