Tanah runtuh: Mayat ke-17 dibawa keluar Hospital Sungai Buloh

Van yang dipercayai membawa jenazah mangsa dilihat meninggalkan pekarangan Hospital Sungai Buloh, pada Ahad.
Van yang dipercayai membawa jenazah mangsa dilihat meninggalkan pekarangan Hospital Sungai Buloh, pada Ahad.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Mayat ke-17 mangsa korban tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting- Batang Kali, selesai dibedah siasat di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, pada Ahad.

Sebuah van jenazah milik Pusat Peringatan Nirvana dipercayai membawa keluar mayat mangsa sekitar jam 11 pagi.

Sebelum itu, kenderaan lain daripada pusat berkenaan turut dilihat membawa mayat mangsa ke-16 pada jam 10.30 pagi.

Kedua-dua mendiang merupakan antara 24 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku pada jam 2.42 pagi Jumaat.

Pada Sabtu, jenazah Nurul Azwani Kamarulzaman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (Kuala Lumpur-Karak), Taman Selasih.

Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi Jumaat.

Setakat jam 9 malam Sabtu, seramai sembilan mangsa masih hilang manakala 61 lagi berjaya diselamatkan.

Polis telah merekodkan keterangan tiga individu termasuk pengusaha tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, keterangan tiga individu itu direkod pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!