'Lebih ramai ahli UMNO akan sertai Pas'

Rafiei (tengah) ketika berucap pada majlis penyerahan borang keahlian Pas di Kampung Rawa, Lenggeng, pada Sabtu.
Rafiei (tengah) ketika berucap pada majlis penyerahan borang keahlian Pas di Kampung Rawa, Lenggeng, pada Sabtu.
A
A
A

SEREMBAN - Pas Negeri Sembilan menjangkakan lebih ramai ahli UMNO di negeri itu akan menyertai Pas.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha berkata, ia terbukti apabila lebih 3,000 kemasukan ahli baharu direkodkan di seluruh negeri dalam tempoh dua bulan.

Menurutnya, beberapa kepimpinan UMNO Kuala Pilah di peringkat Cawangan juga sudah mula menyatakan hasrat begitu.

Saya telah pun mengadakan dua kali pertemuan dengan beberapa kepimpinan UMNO Cawangan Kuala Pilah yang mana mereka pada awalnya hanya berkongsi rasa kekecewaan kepada UMNO.

"Buat masa ini saya tidak mahu dedahkan siapa. Tapi itu menunjukkan ahli UMNO ada hasrat sertai Pas disebabkan situasi yang berlaku kepada UMNO sekarang," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Rafiei bagaimanapun menafikan Pas mahu mengambil kesempatan atas kekeruhan yang berlaku kepada UMNO.

Sebaliknya ujar beliau, parti itu sentiasa mengalu-alukan sesiapa saja yang berhasrat menyertai Pas.

Dalam perkembangan lain, sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri(PRN), pihaknya bercadang mengadakan program jelajah di setiap daerah dalam usaha menarik lebih ramai kemasukan ahli baharu.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussin mengumumkan meletakkan jawatan dan menyertai Pas.

Beliau turut menyerahkan sebanyak 50 borang keahlian baharu Pas. Turut menyertai Pas iaitu penyanyi 1980-an, Dayangku Intanm

.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!