De la Fuente gagal yakinkan Busquets tarik hasrat bersara

Sergio Busquets
Sergio Busquets
A
A
A

PENGENDALI Sepanyol, Luis de la Fuente gagal meyakinkan Sergio Busquets untuk menarik kembali hasrat bersara daripada mewakili pasukan kebangsaan.

Pemain berusia 34 tahun itu mengumumkan persaraan selepas La Roja tersingkir di peringkat 16 terbaik kepada Maghribi baru-baru ini.

"Sangat kecewa sekiranya dia mahu bersara pada tahap ini, tetapi saya tetap akan menghormati keputusannya.

"Dia adalah salah seorang pemain terpenting dalam bola sepak Sepanyol kerana apa yang telah dia capai di atas padang.

"Saya mendapat keistimewaan menerima panggilan semalam yang mana dia memberitahu saya bahawa dia telah membuat keputusan itu.

"Saya cuba meyakinkannya untuk tidak bersara, tetapi dia seorang pemain yang mempunyai pandangan yang jelas dan dia telah membuat keputusan.

"Tetapi bola sepak tetap diteruskan dan kami perlu memikirkan masa depan. Ada pemain yang mampu mengisi kekosongan itu seperti Rodri.

"Kami menilai pemain lain dan pasti akan ada yang layak. Masih ada masa sehingga Mac untuk melihat kemampuan pemain," katanya.

Artikel Berkaitan:

De la Fuente akan memulakan tugas mengemudi Sepanyol dalam kelayakan Euro 2024 menentang Norway dan Scotland pada Mac.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!