TM selesaikan masalah komunikasi, internet di lokasi tragedi

Petugas TM memantau set MovIC untuk menstabilkan talian telekomunikasi dan internet di lokasi kejadian tanah runtuh di Batang Kali.
Petugas TM memantau set MovIC untuk menstabilkan talian telekomunikasi dan internet di lokasi kejadian tanah runtuh di Batang Kali.
A
A
A

BATANG KALI - Telekom Malaysia (TM) telah memasang Moveable IP Set (MovIC) bagi menstabilkan kemudahan talian telekomunikasi di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di sini pada Ahad.

Difahamkan set MovIC itu dipasang bagi memudahkan urusan petugas operasi menyelamat berhubung antara satu sama lain di lokasi kejadian.

Jurucakap TM memberitahu, set MovIC itu siap dipasang awal pagi Ahad bagi mengatasi kesukaran untuk mendapatkan akses internet dan talian telefon sejak hari pertama kejadian.

"Ianya dapat juga memberi kemudahan bukan sahaja kepada petugas keselamatan, malahan kepada wakil media membuat liputan," katanya.

Selain itu, kakitangan TM turut ditempatkan 24 jam sehari di lokasi berkenaan bagi memastikan alat pemancar berkenaan berfungsi menyalurkan gelombang daripada syarikat telekomunikasi antaranya Maxis, Digi dan U Mobile.

"Kemudahan internet turut disalurkan kepada Jabatan Penerangan Malaysia (JPEN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.

Sebelum ini, petugas media mengalami kesukaran apabila terpaksa berjalan agak jauh untuk mendapatkan talian internet bagi menghantar bahan liputan ke organisasi masing-masing.

Dalam tragedi 2.42 pagi Jumaat, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu yang terletak di Jalan Genting - Batang Kali.

Artikel Berkaitan:

Setakat Sabtu, sembilan mangsa masih hilang manakala 24 lagi disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terbabit dalam tragedi itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!