Kampung Chawas dilanda banjir semula selepas 2014

Shukri (kanan) dibantu penduduk setempat menolak keluar keretanya untuk dipindahkan ke tempat yang tinggi berikutan kampung terbabit dinaiki air banjir awal pagi Ahad. - Foto Bernama
Shukri (kanan) dibantu penduduk setempat menolak keluar keretanya untuk dipindahkan ke tempat yang tinggi berikutan kampung terbabit dinaiki air banjir awal pagi Ahad. - Foto Bernama
A
A
A
TANAH MERAH - Lebih 50 penduduk Kampung Chawas di sini tidak menyangka kampung mereka dilanda banjir semula selepas kali terakhir berlaku pada 2014.

Seorang penduduk, Norita Mohd Noor, 48, berkata, air mula memasuki kawasan rumahnya pada jam 8 pagi Ahad berikutan hujan lebat yang berterusan sejak Sabtu.

"Melihat keadaan air semakin naik, saya segera mengejutkan anak supaya mengalihkan kereta ke tempat yang lebih tinggi kerana paras air ketika itu sudah melebihi paras lutut," katanya pada Ahad.



Shukri Ismail, 55, pula berkata, dia terpaksa berputih mata apabila gagal menyelamatkan kereta Proton Wira miliknya memandangkan paras air meningkat dengan cepat.

"Kali terakhir kampung kami terjejas banjir pada 2014 sewaktu bah kuning. Saya sungguh terkejut kerana air naik mendadak sehingga menyebabkan saya tidak sempat alih kereta," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!