Tanah runtuh: Analisis DNA Paterniti kenal pasti identiti korban

Ujian Analisis DNA Paterniti dilakukan oleh Bahagian DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia bagi proses mengenal pasti mayat mangsa tragedi tanah runtuh. - Foto Facebook Jabatan Kimia Malaysia
Ujian Analisis DNA Paterniti dilakukan oleh Bahagian DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia bagi proses mengenal pasti mayat mangsa tragedi tanah runtuh. - Foto Facebook Jabatan Kimia Malaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Proses mengenal pasti mayat mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Genting Highlands - Batang Kali dibuat dengan melakukan analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa dengan DNA waris melalui sampel darah atau air liur.

Menurut Jabatan Kimia Malaysia, ujian yang dikenali sebagai Analisis DNA Paterniti itu dilakukan oleh Bahagian DNA Forensik, agensi itu.

"Sampel telah diterima oleh Pegawai Bahagian DNA Forensik pada pagi Sabtu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan analisis berjaya diselesaikan lewat malam pada hari yang sama.

Pegawai Kimia Malaysia sentiasa bekerja tanpa mengira hari dan masa bagi memastikan mayat mangsa dapat diserahkan dengar segera kepada waris agar urusan pengebumian dapat dilaksanakan.

"Mereka sentiasa komited dalam memastikan keperluan rakyat sentiasa didahului seiring dengan kemajuan sains dan teknologi yang sedia ada," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki mangsa bencana tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, itu masuk hari ketiga pada Ahad.

Antara agensi utama terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Dalam kejadian pada Jumaat, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada jam 2.24 pagi.

Artikel Berkaitan:

Seramai 94 mangsa terlibat dalam tragedi menyayat hati itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!