Tanah runtuh: Beg pakaian, but kanak-kanak ditemui di lokasi

Bag pakaian yang ditemui di lokasi kejadian dipercayai milik salah seorang mangsa.
Bag pakaian yang ditemui di lokasi kejadian dipercayai milik salah seorang mangsa.
A
A
A

BATANG KALI - Suasana pilu terus menyelubungi lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, di sini apabila beg pakaian dan but bersaiz kanak-kanak ditemui di lokasi kejadian.

Wartawan Sinar Harian, Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil yang berpeluang menyertai SAR berkata, dia bersama beberapa agensi media lain memasuki kawasan itu pada jam 2.15 petang dengan diawasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Cuaca hari ini baik biarpun mendung. Tapi apa yang menyayat hati apabila beg pakaian dipercayai milik mangsa dan but bersaiz kanak-kanak yang ditemui semasa penggalian.

Pasukan petugas penyelamat juga dilihat bersungguh dalam mencari baki mangsa.

"Tinjauan dapati jengkaut (excavator), alat pengesan iaitu 'ground penetrating radar' (GPR) dan Unit Anjing Pengesan (K9) sedang giat berusaha mengesan mangsa," katanya pada Ahad.

Tambahnya, tinjauan satu jam di sektor B dan C mendapati pergerakan tanah masih berlaku di beberapa kawasan di mana terdapat air mengalir keluar.

Keadaan bukit yang agak curam selain perlu bertugas 24 jam secara bergilir antara cabaran yang dihadapi petugas operasi.

"Cuaca hujan pada hari sebelum juga mengakibatkan tanah berselut dan berlumpur hingga menenggelamkan hampir di paras lutut," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Setakat jam 4 petang, baki sembilan mangsa hilang masih belum dijumpai.

Misi pencarian sembilan mangsa dijangka bertambah sukar sekiranya berlaku hujan berikutan terdapat aliran air sungai yang mengalir di lokasi berkenaan membuatkan struktur tanah kurang stabil.

Selepas meninjau sendiri lokasi kejadian, barulah jelas kelihatan impak sebanyak 450,000 meter padu tanah yang meranapkan kawasan terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!