Tanah runtuh di Raub, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Anggota bomba Raub sedang melakukan pemantauan bagi memastikan kawasan terbabit benar-benar selamat.
Anggota bomba Raub sedang melakukan pemantauan bagi memastikan kawasan terbabit benar-benar selamat.
A
A
A

RAUB - Kejadian tanah runtuh yang berlaku secara tiba-tiba di cerun bukit seluas 600 meter persegi di kawasan jalan belakang sebuah premis bank di sini mengejutkan penduduk.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan mahu pun kerosakan harta benda dalam insiden berkenaan.

Timbalan Pengerusi (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada jam 2.45 petang Ahad.

Menurutnya, susulan itu lapan anggota JBPM Raub dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

"Sejurus tiba di lokasi, didapati berlaku tanah runtuh dan terkena bahagian belakang bangunan kedai.

Tanah runtuh berlaku pada ketinggian 10 hingga 15 meter.
Tanah runtuh berlaku pada ketinggian 10 hingga 15 meter.

"Setakat ini, tiada mangsa dan kenderaan yang terlibat dalam kejadian runtuhan tanah itu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau memaklumkan tanah runtuh itu berlaku di cerun bukit setinggi 10 hingga 15 meter dan telah menjejaskan hampir keseluruhan laluan jalan di belakang bangunan terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Pasukan bomba membuat pemeriksaan dan pemantauan di lokasi bagi memastikan kawasan tersebut betul-betul selamat," jelasnya.

Runtuhan tanah di cerun bukit berlaku seluas 600 meter persegi di belakang di sebuah premis bank.
Runtuhan tanah di cerun bukit berlaku seluas 600 meter persegi di belakang di sebuah premis bank.

Dalam pada itu, Ismail memaklumkan pihaknya akan menjalankan pemantauan situasi dari masa ke masa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!