Korea Selatan cadang sidang kemuncak keempat

Moon Jae-in
Moon Jae-in
A
A
A

SEOUL - KOREA SELATAN. Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, hari ini memaklumkan beliau akan mengadakan satu lagi sidang kemuncak bersama pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Jae-in dilaporkan bersungguh-sungguh mahu mengadakan pertemuan dengan Korea Utara sejak sidang kemuncak kedua bersama Presiden AS, Donald Trump di Vietnam pada Februari lalu gagal mencapai sebarang perjanjian.

Sebelum ini, Seoul dan Pyongyang telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali dan pentadbiran Jae-in berhasrat untuk meneruskan rundingan keempat sempena ulang tahun pertama pertemuan kedua-dua negara itu pada 27 April depan.

Jae-in yang mengadakan lawatan ke Washington untuk bertemu Trump pada minggu lalu memberitahu sidang kemuncak keempat antara Korea mungkin boleh menjadi batu loncatan untuk peluang dan hasil lebih besar pada masa depan. - Reuters

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!