Budak 3 tahun tersepit jari di penapis sinki
KUNDANG - Seorang kanak-kanak lelaki menahan kesakitan hampir 30 minit selepas jarinya tersepit di penapis sinki di rumahnya di Taman Desa Kundang, hari ini.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, kanak-kanak berusia tiga tahun itu dikatakan sedang bermain penapis sinki yang diletakkan dalam laci almari sebelum jarinya tersepit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang, Yazli Yahya berkata, bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 3.11 petang dan tiba di lokasi 19 minit kemudian.
"Mangsa ditenangkan terlebih dahulu sebelum menggunakan pemotong khas untuk mengeluarkan jari kanak-kanak itu yang tersekat.
"Kira-kira lima minit masa di ambil dalam operasi itu oleh tujuh anggota yang ke rumah mangsa diketuai komander operasi, Aminudin Derani," katanya.
Menurutnya, jari kanak-kanak itu mengalami luka kesan tajam pada permukaan penapis besi yang nipis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!