Mangsa banjir di Kelantan kini 9,214 orang

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang melakukan kerja-kerja menyelamat di Kampung Pulai Chondong, Machang berikutan cuaca buruk di negeri ini. - Foto APM
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang melakukan kerja-kerja menyelamat di Kampung Pulai Chondong, Machang berikutan cuaca buruk di negeri ini. - Foto APM
A
A
A

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kini seramai 9,214 orang pada Isnin.

Angka itu melibatkan 2,724 keluarga yang di tempatkan di 82 PPS seluruh negeri.

Jajahan yang paling teruk terjejas ialah Pasir Mas yang melibatkan 3,486 mangsa diikuti Tanah Merah (1,327), Pasir Puteh (1,070), Kuala Krai (832), Machang (814), Kota Bharu (807), Bachok (448), Tumpat (223) dan Jeli (207).

Sementara itu enam sungai di negeri ini berada pada paras bahaya iaitu Sungai Jambatan Melor, Bachok, Sungai Lebir (Kuala Krai), Sungai Golok (Pasir Mas), Sungai Golok dan Jenok (Tanah Merah) dan Kuala Jambu (Tumpat).

Keadaan cuaca di negeri ini masih hujan sejak Ahad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!