Kasut Emas milik Mbappe

Kylian Mbappe
Kylian Mbappe
A
A
A

PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas Piala Dunia Qatar 2022 selepas meledak lapan gol sepanjang kejohanan.

Hatrik yang dicatatkan Mbappe dalam perlawanan akhir di Stadium Lusail berjaya mengatasi cabaran kapten Argentina, Lionel Messi dengan tujuh gol.

Pemain berusia 23 tahun itu juga telah menjaringkan 12 gol dalam kesemua 14 perlawanan Piala Dunia yang diwakilinya sekali gus menyamai rekod yang dipegang legenda Brazil, Pele.

Dalam pada itu, Mbappe juga turut menjadi pemain yang meledak hatrik dalam aksi final Piala Dunia sekali gus mengulangi catatan sama yang dilakukan oleh legenda England, Geoff Hurst pada 1966.

Hatrik Hurst menyaksikan England berjaya meraih satu-satunya kejuaraan Piala Dunia pada 1966 selepas The Three Lions menewaskan Jerman Barat 4-2 di London.

"Tahniah kepada Mbappe, apa jua yang berlaku saya sudah mengharungi perjalanan yang hebat," tulis Hurst menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!