Tanah runtuh: Dewan Rakyat bertafakur seminit peringati mangsa
KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Isnin bertafakur selama seminit bagi memperingati mangsa tragedi di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul meminta semua ahli Parlimen beragama Islam membacakan membaca Al-Fatihah dan bukan Islam bertafakur selama seminit.
Insiden tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi Jumaat lalu, setakat ini mengorbankan 24 daripada keseluruhan 94 mangsa, 61 orang selamat dan sembilan masih hilang.
Ketika ini proses mencari dan menyelamat masih diteruskan dilokasi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!