Jalan utama Kota Bharu-Kuala Terengganu ditutup kepada lalu lintas
PASIR PUTEH - Jalan utama yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Terengganu melalui jajahan ini ditutup kepada semua kenderaan pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintanden Zaizul Rizal Zakaria berkata, ia melibatkan laluan di Jalan Gaal dan Panggong Tiga Daerah.
"Manakala laluan lain yang turut ditenggelami air ialah Jalan Gaal - Kampung Bukit, Jalan Pasir Puteh - Gong Kelih dan Jalan Pasir Puteh - Semerak dan Jalan Gong Chapa.
"Bagaimanapun orang ramai masih boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Pesisir Pantai (Tok Bali - Pachakan) dan Jalan Jelor-Pasir Puteh (Bukit Gedombak) iaitu Jalan Bypass Tok Bali," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, beberapa jalan di dalam bandar Pasir Puteh turut dinaiki air kerana hujan lebat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!