[VIDEO] Dua jentera pengorek milik ATM dibawa ke lokasi tanah runtuh

Jentera pengorek milik Angkatan Tentera Malaysia(ATM) tiba di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Hilltop di Father's Organic Farm, Jalan Genting- Batang Kali di sini.
Jentera pengorek milik Angkatan Tentera Malaysia(ATM) tiba di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Hilltop di Father's Organic Farm, Jalan Genting- Batang Kali di sini.
A
A
A

BATANG KALI - Dua jentera pengorek milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiba di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Hilltop di Father's Organic Farm, Jalan Genting- Batang Kali di sini kira-kira jam 2.20 petang, pada Isnin.

Difahamkan, jentera pengorek itu milik Rejimen Askar Jurutera DiRaja (91 Rej Bantuan RAJD), Kem Batu Kentomen, Kuala Lumpur.

Kedua jentera pengorek berkenaan dibawa bagi melancarkan urusan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tragedi.

Sebelum ini difahamkan terdapat lapan jentera berat termasuk jentera pengorek digunakan bagi urusan SAR ini.

Kedua jentera pengorek berkenaan dibawa bagi melancarkan urusan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tragedi.
Kedua jentera pengorek berkenaan dibawa bagi melancarkan urusan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tragedi.

Pada Jumaat, seramai 94 mangsa terlibat dalam runtuhan tersebut terdiri pengunjung juga pekerja di tapak perkhemahan Hilltop di Father's Organic Farm, Jalan Genting- Batang Kali di sini.

Setakat ini, seramai 24 mangsa dilaporkan meninggal dunia dan 9 lagi individu dipercayai masih lagi hilang manakala 61 individu terselamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!