Pizza Hut lancar kerak piza nipis Crackin’ Thin Crust
PIZZA Hut telah melancarkan inovasi baharu kerak piza nipis, Crackin’ Thin Crust yang digemari golongan muda pada masa kini.
Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, Crackin' Thin Crust senipis 0.5 sentimeter (cm), rangup dan garing serta limpahan keju yang memikat selera serta jaminan kerangupannya.
Menurutnya, kerak nipis terbaharu itu terhasil daripada inspirasi untuk mencipta sebuah kelainan bagi piza kerak nipis yang sedia ada di pasaran.
"Kami mencipta kerak nipis ini dengan menggunakan teknologi 4K atau maksudnya 4KRAKKK iaitu gabungan kerak piza 0.5 cm ultra nipis dengan bahagian tepian piza yang ditaburi keju cheddar lazat, mencipta kerangupan hebat dalam setiap gigitan.
“Inovasi hebat ini turut disertakan dengan jaminan kerangupan, anda dapat menikmati keenakan keju mozzarella di bahagian tengah piza dan juga ditambah dengan kegaringan keju cheddar di bahagian hujungnya memberikan tekstur yang lazat iaitu lembut, cair dan rangup kesemuanya dalam satu gigitan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kini anda boleh menikmati rasa enak yang berganda dengan nisbah topping, keju dan kerak yang sempurna.
"Selaras dengan pelancaran kerak baharu ini, Pizza Hut menjemput semua pelanggan untuk bersama-sama menyertai cabaran 'The Crunch Challenge', yang diadakan melalui platform media sosial," katanya.
Beliau berkata, pelanggan hanya perlu merakam video mereka sedang menikmati piza Crackin’ Thin Crust dan memaparkannya di Instagram Story dengan hashtag #CrunchChallenge dan #PizzaHutMalaysia dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan seperti Iphone 14.
Cubalah pizza “Crackin’ Thin Crust” baharu yang lazat hari ini dengan memesannya melalui Aplikasi Pizza Hut atau di rangkaian Pizza Hut berdekatan untuk dibawa pulang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!