Tragedi renjatan elektrik: Nor Syazwani guru komited

Poster ucapan takziah yang dikongsikan di Facebook Pasti Malaysia pada Isnin.
Poster ucapan takziah yang dikongsikan di Facebook Pasti Malaysia pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemergian guru tadika, Nor Syazwani Mohd Nazir, 33, mangsa banjir yang maut akibat terkena renjatan elektrik pada Isnin disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat warga pendidik di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Ketua Pengarah Pasti Malaysia, Damanhuri Dol berkata, Nor Syazwani yang mengajar di Pasti An Nur Kota Kubang Labu, Tumpat Kelantan merupakan guru yang memberi inspirasi dan komited dalam tugasan dan sumbangan kepada khidmat pendidikan anak-anak.

Menerusi hantaran di Facebook Pasti Malaysia pada Isnin, beliau turut merakamkan ucapan takziah keluarga Allahyarhamah.

“Pasti Malaysia mendoakan agar seluruh ahli keluarga Almarhumah dapat bersabar atas ujian ini. Semoga ALLAH SWT merahmati, mengampunkan dosa dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Media melaporkan Nor Syazwani bersama dua orang adiknya, Sakinah, 29, dan Nurul Fatiah, 27 maut pada Isnin dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat, Kelantan ketika keluar di sekitar rumah mereka untuk melihat banjir.

Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik proses itu selesai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!