Maqis rampas ginseng dari China

22 kotak gingseng yang dirampas oleh Maqis di Pejabat Pos Malaysia Simpang Ampat, pada Rabu lalu.
22 kotak gingseng yang dirampas oleh Maqis di Pejabat Pos Malaysia Simpang Ampat, pada Rabu lalu.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 22 kotak ginseng tanpa permit import yang sah di Pejabat Pos Malaysia Simpang Ampat, pada Rabu lalu.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, rampasan itu dilakukan selepas pemeriksaan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menurutnya, bungkusan ginseng itu dipercayai milik warga tempatan yang dibeli secara dalam talian dari China.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati 22 kotak ginseng tersebut bertujuan untuk kegunaan sendiri.

"Kesemua rampasan yang dianggarkan bernilai RM3,600 tersebut dirampas untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Antara kotak gingseng yang dirampas oleh Maqis di Pejabat Pos Malaysia Simpang Ampat, pada Rabu lalu.
Antara kotak gingseng yang dirampas oleh Maqis di Pejabat Pos Malaysia Simpang Ampat, pada Rabu lalu.

Muhammad Ikram berkata, perbuatan mengimport ginseng tanpa permit import Maqis yang sah adalah salah di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Jelasnya, sabit kesalahan individu terlibat boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama. Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

"Pihak Maqis sentiasa mengambil langkah proaktif bagi isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.

"Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!