Pelajar MyAgrosis UUM, UMT sepakat bersihkan pantai

Pelajar MyAgrosis, UUM dan UMT bergambar setelah tamat aktiviti membersihkan pantai pada hari berkenaan.
Pelajar MyAgrosis, UUM dan UMT bergambar setelah tamat aktiviti membersihkan pantai pada hari berkenaan.
A
A
A

SINTOK - Kelab MyAgrosis Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Kelab MyAgrosis Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta Usahawan Dapo Pata menjalankan aktiviti pembersihan dan mengindahkan pantai di Uptown Kontena, Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu.

Pengarah Program, Siti Nurdana Tajudin berkata, aktiviti ini dijalankan sempena Program Kembara MyAgrosis UUM ke Pantai Timur - UMT pada 4 sehingga 6 April yang lalu.

Seramai 36 pelajar dari UUM dan 18 pelajar dari UMT telah berjaya menyiapkan 'series of Signage' yang dibuat untuk memberikan kesedaran kepada para pelancong tentang kepentingan menjaga kebersihan pantai.

"Idea ini sebenarnya cetusan daripada pemilik Uptown Kontena untuk memberikan keunikan kepada kesedaran pengunjung di sini," katanya.

Menurutnya, objektif utama program ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pandangan antara pelajar UUM dan UMT.

"Selain itu, kita juga mahu menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam program-program yang melibatkan pelbagai komuniti," katanya.

Tambahnya, beberapa aktiviti-aktiviti lain turut diselitkan sepanjang keberadaan mereka di sana, antaranya ialah lawatan ke Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT dan malam kebudayaan.

Menurutnya, program ini telah dirasmikan oleh Dr Mohd Shaari Abdul Rahman, Pengarah Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC).

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Penasihat MyAgrosis dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), UUM, Dr. Nur Marina Abdul Manap dan Penasihat MyAgrosis UMT, Wan Amirul Hafiz Wan Abu Bakar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!