Kapal tentera laut Thailand karam, 31 anak kapal dilapor hilang

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

BANGKOK - Tentera Laut Diraja Thailand meneruskan misi mencari 31 anak kapal korvet HTMS Sukhothai yang hilang ketika ribut di Teluk Thailand pada Ahad.

Jurucakap Tentera Laut, Laksama Pokkrong Monthatpalin berkata, setakat 12 tengah hari (waktu tempatan) Isnin, 75 daripada 106 anak kapal telah diselamatkan.

Beliau berkata, korvet (kapal perang yang kecil dan laju) itu tenggelam di 20 batu nautika dari jeti di Bang Saphan di Prachuap Khiri Khan pada kira-kira 11.30 malam (waktu tempatan) Ahad.

Menurut laporan, kejadian berpunca akibat ombak besar menghempas kapal berkenaan yang menyebabkan enjin dan sistem eletriknya rosak. Keadaan itu juga mengakibatkan kapal berkenaan senget.

"Operasi menyelamat dilancarkan serta-merta. Kapal tentera laut dan helikopter telah dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya.

Korvet yang dibuat di Amerika Syarikat itu telah digunakan sejak 1987. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!