[VIDEO] Banjir di Kelantan bertambah buruk, cecah 15,478 mangsa

Salah seorang anggota APM Pasir Mas sanggup meredah banjir demi operasi menyelamat.
Salah seorang anggota APM Pasir Mas sanggup meredah banjir demi operasi menyelamat.
A
A
A

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah 15,478 orang pada jam 5 petang pada Isnin.

Ia melibatkan 4,426 keluarga yang di tempatkan di 105 PPS seluruh negeri.

Jajahan yang paling teruk terjejas ialah Pasir Mas yang melibatkan 5,322 mangsa diikuti Kuala Krai (2,333), Tumpat (2,042), Pasir Puteh (1,478), Tanah Merah (1,333), Kota Bharu (1,293), Machang (870), Bachok (448) dan Jeli (360).

Sementara itu enam sungai di negeri ini berada pada paras bahaya iaitu Sungai Pergau (Kuala Balah), Sungai Lanas, Sungai Kelantan (Tangga Krai), Sungai Golok (Jenob), (Rantau Panjang), ( Kuala Jambu), Sungai Semerak (Jabatan Melor) dan Sungai Lebir (Tualang).

Operasi dan menyelamat giat dilakukan oleh Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) di sekitar Rantau Panjang.
Operasi dan menyelamat giat dilakukan oleh Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) di sekitar Rantau Panjang.

Seorang penduduk, Abdullah Yaakob, 76, berkata, kali terakhir rumahnya dinaiki air ialah pada bah kuning 2014.

"Saya sendiri masih terkejut dengan kejadian ini, kerana tidak pernah menyangka hujan kali ini akan menyebabkan banjir yang teruk iaitu paras air mencecah 0.5 meter sehingga melimpah masuk ke dalam rumah," katanya.

Menurut dia, buat sementara waktu dia dan keluarga memilih untuk menumpang di rumah saudara mara yang berada di lokasi yang selamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!