'Cucu saya takut air'

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Nenek kepada bayi berusia setahun sembilan bulan yang ditemui terapung dalam banjir di pekarangan rumah mereka di Kampung Gual Tok Deh pada Isnin, memberitahu cucunya itu takut air.

Siti Khadijah Abdullah, 52, berkata, sebelum menemukan mangsa, dia dan ibu kanak-kanak itu, Noriza Che Jusoh, 34, leka mengemas dapur sebelum mendapati cucunya hilang.

“Cucu saya memang takut dengan air dan tidak pernah sesekali turun dari rumah semasa kediaman kami dinaiki banjir sejak dua minggu lalu.

“Saya masih terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpanya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Isnin.

Menurut Siti Khadijah, bapa mangsa juga menantunya bekerja di Australia dan hanya menyampai makluman menimpa mangsa melalui telefon.

“Saya reda kehilangan cucu yang sangat aktif dan petah.

"Saya harap ibu mangsa juga anak perempuan saya turut kuat menempuh dugaan kehilangan anak,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa disedari hilang sebelum ditemui bapa saudara dipercayai akibat terjatuh dalam banjir di pekarangan rumah mereka.

Artikel Berkaitan:

Mayat dibedah siasat di Hospital Lati, Pasir Mas dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gual To'Deh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!