Renjatan elektrik: Henti tular video tiga beradik maut

Sebelum ini media melaporkan tiga beradik perempuan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang ditenggelami air di Kampung Morak.
Sebelum ini media melaporkan tiga beradik perempuan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang ditenggelami air di Kampung Morak.
A
A
A

CYBERJAYA- Orang ramai dinasihati agar berhenti menularkan rakaman video tiga beradik yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam kejadian di Tumpat, Kelantan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, orang ramai seharusnya menghormati mangsa dan privasi keluarga serta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden itu.

Tegas SKMM, pihaknya juga telah mengambil langkah proaktif untuk perhatian dan tindakan selanjutnya daripada penyedia platform seperti Meta, Twitter dan TikTok dalam usaha mengekang penularan video tersebut.

"Bagi menghentikan penularan video seperti tersebut, pengguna media sosial juga digalakkan untuk membuat laporan secara terus terhadap kandungan yang sensitif dan tidak sesuai untuk tatapan umum kepada penyedia platform," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini media melaporkan tiga beradik perempuan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang ditenggelami air di Kampung Morak.

Ketiga-tiga gadis tersebut ditemui dalam keadaan terapung dan meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!