Mangsa banjir di Kelantan cecah 25,353

Banjir di Kelantan semakin buruk dan mangsa kini mencecah sehingga 25,353 orang.
Banjir di Kelantan semakin buruk dan mangsa kini mencecah sehingga 25,353 orang.
A
A
A

KOTA BHARU - Mangsa banjir di Kelantan kini mencecah 25,353 orang setakat jam 8 pagi, Selasa.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan melaporkan ia melibatkan 6,897 keluarga yang ditempatkan di 133 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan jajahan.

Pasir Mas antara jajahan yang mencatatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 5,322 orang diikuti Pasir Puteh (4,379), Tumpat (4,202), Kota Bharu (4,084), Kuala Krai (3,229), dan Tanah Merah (1,387).

Manakala Bachok (1,158), Machang (1,172) dan Jeli (420)

Lima sungai di negeri ini masih berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan (Tangga Krai), Sungai Golok di Rantau Panjang, Jenob dan Kuala Jambu serta Sungai Lebir di Tualang.

Dua sungai masih berada di paras amaran iaitu Sungai Kelantan (Tambatan Diraja) dan Sungai Semerak (Jabatan Melor).

Manakala Sungai Lanas berada dalam keadaan berjaga-jaga dan Sungai Pergau, Kuala Balah sudah kembali normal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!