[VIDEO] Banjir: Bomba bantu pindahkan wanita lumpuh

Anggota bomba membawa turun pesakit lumpuh untuk dipindahkan ke kawasan selamat selepas rumahnya dinaiki air. - Foto JBPM
Anggota bomba membawa turun pesakit lumpuh untuk dipindahkan ke kawasan selamat selepas rumahnya dinaiki air. - Foto JBPM
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Pasukan bomba mengambil masa kira-kira setengah jam membantu memindahkan seorang wanita lumpuh ke tempat selamat selepas kediamannya di Kampung Rusa Hilir, di sini dinaiki air pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, seramai enam anggota bomba terlibat dalam operasi pemindahan tersebut dengan dibantu ahli keluarga wanita berkenaan.

Kita menerima panggilan dari ahli keluarga yang meminta bantuan mengeluarkan pesakit ke kawasan selamat dan proses pemindahan selesai kira-kira jam 2 petang,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Menurut beliau, kawasan tersebut ditenggelami air sedalam satu meter dan pesakit berjaya dibawa keluar sejauh kira-kira 500 meter menggunakan bot untuk dipindahkan ke rumah saudara.

“Operasi memindahkan penduduk terjejas banjir di sekitar kawasan itu ke tempat selamat dimulakan sejak jam 10 pagi semalam selepas air mula melimpah ke rumah,” katanya.

Setakat jam 8 pagi Selasa, seramai 1,900 penduduk di Kuala Terengganu sudah dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!