[VIDEO] Kerajaan setuju teruskan bantuan tunai rakyat - Anwar

Bayaran bantuan yang dijadual dibayar pada Mac juga diawalkan kepada Januari ini dengan mengambil kira beban yang ditanggung rakyat ketika ini. - Gambar hiasan
Bayaran bantuan yang dijadual dibayar pada Mac juga diawalkan kepada Januari ini dengan mengambil kira beban yang ditanggung rakyat ketika ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini akan diteruskan.

Jelasnya, bayaran bantuan yang dijadualkan dibayar pada Mac juga diawalkan kepada Januari ini dengan mengambil kira beban yang ditanggung rakyat ketika ini.

“Bayaran fasa satu ini akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut memaklumkan kerajaan turut bersetuju memberikan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.

Jelasnya, kerajaan dalam masa turut meluluskan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 ringgit, manakala 1 juta pesara kerajaan menerima sebanyak RM350.

“Kerajaan Perpaduan ini amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!