Banjir: Bomba pindahkan wanita lumpuh di Terengganu
BERITA SEMASA 20 DISEMBER 2022
Pasukan bomba mengambil masa kira-kira setengah jam membantu memindahkan seorang wanita lumpuh ke tempat selamat selepas kediamannya di Kampung Rusa Hilir, di Kuala Terengganu dinaiki air pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Rahayu Mustafa.
Ketua BBP Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, seramai enam anggota bomba terlibat dalam operasi pemindahan tersebut dengan dibantu ahli keluarga wanita berkenaan.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, sehingga jam 10 pagi Selasa, seramai 38,454 mangsa banjir dari 10,595 keluarga dipindahkan ke 315 buah PPS di seluruh daerah selepas kediaman mereka dinaiki air.
Artikel: https://bit.ly/3G2QAiq
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian